Monday 11 August 2014

 Patutkah saya sambung belajar atau bekerja.

 ibu saya meninggal dunia kerana kanser payudara seelok saya tamat diploma. masa graduation pun mak xdpat datang sebb kanser mak dah merebak ke jantung. tulang belakang mak lemah dan die dah xboleh berdiri. cuma kakak yang tua saja datang bersama teman lelakinya (sekarang sdh jadi abang ipar) kini sudah masuk 2 tahun mak pergi..  d sebbkn kesempitan keluarga. adik2 juga masih muda. masih ade 3 adik di bawah saya. umur 22, 20 dan 19. sekarang. saya bekerja sejak itu. awal tahun ni saya masukkn dua orang adik y berumur 22 dan 20(kedua2nya perempuan) ke kemahiran mara. saya support serba sedikit perbelanjaan mereka. smbil di bntu kakk yang tua.

 kini saya dah berumur 24 tahun. kawan2 diuniversiti telah pun tamat degree. saya pula agak ketinggalan dan dalam delima untuk sambung belajar atau tidak.. hasrat hati untuk apply ijazah graphic design intake disember 2014 ini. menjadi persoalannya jika saya sambung belajar cukupkah sekadar bantuan pttn.? tentulah tidak cukup..!! graphic design course y perlukan ongkos y banyak... adik2 di ikm mara masih memerlukan bntuan dari saya. kakak yang tua pula sdh bekeluarga dan baru lahirkan anaknya y pertama. mana mungkin die dapat membantu saya dr segi kewangan sedangkan adik di ikm pun memerlukan bantuan.? penting diri kah saya kalau tetap sambung belajar tanpa fikirkan kebajikan adik y lain.? T-T

 hurm.. dah beberapa bulan saya fikirkan hal ni. bnyak artikel dan blog2 yang saya terjah untuk mencari jawapan. ada yang memberi pandangan jika saya inginkan kerjaya ke arah akademik.. contohnya pekerja goverment, guru, doktor  yea saya memang memerlukan bergulung2  ijazah di tangan.  berlainan dengan sektor swasta.. pengalaman merupakan agenda utama. saya tahu zaman sekarang segulung ijazah tak semestinya menjanjikan kejayaan  tapi jauh dalam hati saya.. saya nak sgat sambung beljar sebelum umur saya semakin meningkat . 

No comments:

Post a Comment